Lama sudah aku tak ketuk papan keyboard usang aku ni,bukan malas,cuma tak rajin.Tambahan kekangan masa yang memotongku bak pepatah arab,masa itu ibarat pedang.Hari ini,tanpa isyarat pensyarah pembimbing aku yang juga bekas KJ Japim IPDA datang tercongok kat sekolah.Suprise kata dia,hingga dia tersesat nak mencari sekolah Toh Puan yang mega kecil ini.Kebetulan kedatangannya tepat aku nak melangkah kaki ke kelas Bahasa Arab tahun 2.Ahhh..gawat,jom la kita ke kelas,alang-alang menyelam,biaq la minum seteguk dua ayaq,selamba ja Usatzah Jamilah memberi cadangan,ahhh.makin gawat.Sesi lawatan sosial yang sepatutnya berlangsung bertukar 360darjah menjadi sesi mengobserv.Mula-mula rasa "kekon"(bak kata ustaz Zaini) gak,tapi selepas bagi ja salam kat anak-anak murid,semangat yang tah dari mana datang,aku pun tak tau,terus aku pederas gear 5,mungkin terkejut dengan suara kuat aku yang belum sempat sarapan pagi tadi,membuatkan Ustazah sedikit terkejut.Sampai guru-guru lain pun kata hari ni anugerah suara paling kuat menjadi milik aku,sebelum ni mungkin milik kak Wan.
Banyak yang Ustazah Jamilah ulas tentang Rancangan Harian aku,tentang mengajar langsung tak di ulas,banyak yang aku belajar dari dia,rasa syukur sangat dapat dia sebagai Pensyarah pembimbing.Tapi yang tak bestnya,semua Rancangan semester kena la olah semula,dah la diri sedia kurang rajin.Mujurlah hari ni semua anak murid aku tiba-tiba jadi baik,semua diam macam di sergah sang gedembai.Ajaib.Atau mungkin dah ada guru lain yang dah bagi amaran terlebih dulu.
Ustazah hanya sempat singgah sekejap saja,nak berkejar ke Kuala Kedah katanya,lawatan sosial pelajar lain plak,patut la baru hari ni dia datang,rupanya ada 9 pelajar di bawah seliannya,termasuk dua SABK di Pulau Pinang.
Setelah hilang saja Ustzah Jamilah dari pandangan,terasa bebanan yang aku tanggung di pundak ku cheewah..hilang ghaib entah ke mana.Malam ni nyenyak la tidurku,lebih nyenyak dari malam sebelumnya,moga esokku,lebih baik dari hari ini..Ada kawan kata,dia suka tengok bulan,aku dengan kawan-kawan dulu pun buat benda yang sama.Tapi orang lelaki ni agak ganas skit,atas bumbung asrama merupakan tempat kami membuat falak,bukan tengok anak bulan,tapi bapak bulan.Dengan hamparan tilam asrama dan bantal,maka sambil memerhatikan bulan dan najis bintang,maka cerita dari satu tajuk ke satu tajuk akan bersilih ganti,hingga kadang-kadang membawa ke azan subuh.Tetapi selalunya,ahli falak akan mula berkurangan bila embun memercik ke muka.Sejuknya sampai ke tulang sumsum.Terasa rindu zaman remajaku,walaupun banyak yang kurang menarik dari yang menarik...Esok perlu ke sekolah,parktikum mesti di teruskan.Doa dan harapan,agar praktikum ini akan menjadi pengajaran terbaik aku dalam menjadi seorang pendidik yang berkesan.Aminn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment