Thursday, February 5, 2009

Kalimah Allah






Jumaat oh jumaat..
Hari ni cuti,cadang nak rehat lama skit,setelah penat seminggu berjuang,tapi pagi ni kena balik kampung,Tambak Bunga,itu rutin aku tiap-tiap minggu,minggu depan belum tentu,bahana cuti ganti Tahun baru cina.
Aku tertarik dengan tajuk khutbah hari ini,Kalimah Allah.Terdengar lolongan yang bengit telinga mendengar tentang permohonan gereja khatolik di Sabah untuk membenarkan mereka menggunakan Kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka.Dengan alasan,mereka terlebih dahulu menggunakan Kalimah suci itu,semenjak jesus lagi.Kenapa baru kini baru hendak di timbulkan hal ini,ada udangkah di sebalik batu,tidakkah anak-anak kecil dan remaja bakal terkeliru jika tuntutan mereka ini di luluskan?Bagaimana jika ada kain rentang dari gereja berbunyi : Sembahlah anak Allah,jesus!
Kalau yang di pertikaikan adalah dari sudut bahasa,maka tidak ada satu pun dalil yang membawa kearah itu.Kalau kita lihat dari bahasa hebrew,perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut: Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau tinggalkan aku?")
Begitu juga dalam bahasa Greek,Tuhan disebut Theos. Seperti yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau tamadun besar dunia, orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos.
Sedangkan dalam kristian sendiri jelas dinyatakan,bahawa jesus bukanlah Tuhan,ini di akui sendiri hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut: "Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah: Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa."

Nak ulas panjang,takut di tuduh mengganggu urusan mahkamah,kerana hal ini masih di dalam prosiding mahkamah.Apa pun,di harap tuntutan ini tidak akan berjaya,walaupun kabinet telah meluluskan pada 16 mei 1986 bahawa 4 perkataan yang tidak boleh di gunakan oleh agama lain selain dari Islam iaitu: Allah,Kaabah,Baitullah dan Solat. Kalamiah suci Allah,hanya layak untuk tuhan yang Esa,bukan tuhan yang berbilang (trinity).Maha suci Allah Tuhan yang Maha Esa dan hanya Dia tuhan yang LAYAK di sembah.

No comments: