Thursday, April 9, 2009

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya(PKJR)

Jumaat,rasanya bukan jumaat keliwon,hehe..banyak peristiwa,banyak sejarah terlakar semenjak aku tidak menulis ni,dari jatuhnya kerajaan Perak pilihan Rakyat,hingga tertabalnya memanda menteri yang baru,hingga pilihanraya di dua bukit dan satu batang,aku berkesempatan merasa kehangatan bahang p/k Bukit Selamabau.Setelah dengan berat hatinya menerima permintaan GB aku yang ingin aku menghadiri kursus PKJR(pendidikan keselamatan jalan raya) yang sepatutnya dihadiri oleh guru BM sekolahku,tapi kerana masalah teknikal yang agak kritikal,maka aku yang juga bidan part time(bidan terjun)terpaksa pergi,bebekalakan duit minyak rm40 yang di beri PK1,maka bertolaklah aku ke S.P,pada pukul 1,sedangkan daftar diri pukul 2,ni semua gara-gara surat lambat sampai.
Keluar ja dari tol,terus tanya penjaga tol,kot mana nak pi Kelab Cinta Sayang,terkejut dia,dia ingat aku panggil dia sayang,selepas sekali lagi tanya,baru dia senyum,lepas trafic light,kona kiri,terus sampai jumpa IKM belok kiri.Aku angguk,buat-buat paham,aku ikut panduan yang diberi.
Sampai ja kat trafic light,aku hilang arah,tergamam dengan poster pilihanraya yang memenuhi jalan dan simpang,yang aku pelik,poster calon bebas lebih banyak dari calon pilihan.
Rodong punya rodong(mengikut kamus dewan kedah rodong bermaksud:mengikut naluri hati memilih jalan yang kita sendiri tak pasti)ternampak jugak akhirnya sign board Kelab C.S.
Selepas daftar terus ke bilik,aku sekali lagi rimas dengan orang ramai yang ada kat sini,semuanya ahli politik yang datang ke lubuk emas ini,termasuk semua jenis media,termasuklah pandanganku tertangkap kelibat beberapa pak menteri dan bekas menteri besar.
Nasib baik semalam ja kat sini,kawan2 guru lain ajak aku melawat kawasan malam ni,malas la aku,dengan keadaan sesak,tambahan helikopter yang mundar mandir atas kepala,amat memeningkan kepala.
Selepas habis kursus,aku terus balik,singgah rumah mak,rehat sat terus balik K.nerang,sesuatu yang tak diingini berlaku,kereta kecilku yang dipandu adik iparku,telah merempuh seorang pejalan kaki,dalam hujan lebat dan kegelapan senja,seorang pejalan kaki tiba-tiba melintas,dengan berpakaian gelap dan bepayung dan tanpa menoleh kiri dan kanan.Maka natijahnya,pelanggaran yang agak kuat aku andaikan.Sebab dari keadaan kereta yang agak remuk,melanggar seorang manusia,parah juga aku rasakan.Teringat aku kursus yang aku hadiri kemarin,tentang keselamatan jalanraya,yang menekankan keselamatan murid-murid melintas jalan,macam ada hubung kait kan.
Terpaksa pula aku ke Balai Polis,mujurlah cukai jalan dan insuran kereta mati pada tairkh kejadian, 7/4 alhamdulillah..kalau tidak,berat juga jadinya,macam familiar ja tarikh tu.
Mujurlah tidak ada nyawa yang melayang,setelah selesai semua urusan di Balai Polis,aku terus balik tidur,letih sangat,pagi esoknya terpaksa pula ponteng sekolah,cukai jalan dan insuran yang dah aku perbaharui sebelumnya perlu aku ambil di CIMB,untuk beri kepada pihak polis.Terpaksalah kereta kesayanganku itu merengkok lagi dua tiga hari di parking balai polis.Macam jawapan yang aku bagi masa ditanya oleh seorang penceramah ketika berkursus hari sebelumya tentang punca berlakunya kemalangan jalanraya,dengan yakinnya aku jawab,sebab takdir dah menentukan.Maka pada malam ini,sudah takdirnya terjadi kemalangan ini.Aku redha dan bersyukur,kerana tiada perkara yang lebih serius berlaku.