
Bila pertama kali dengar berita serangan Israel laknatullah ke atas bumi Palestin,rasa marah,benci,jijik,simpati menerpa ke segenap juzuk hati saya,tapi minda sempat berfikir,cukupkah sekadar hanya simpati,apa sumbangan aku kepada palestin.Orang kafir sendiri ramai yang lebih simpati dari kita,ramai yang mengusung sepanduk mengutuk kekejaman bangsa yahudi terlaknat.Tapi cukupkah dengan kutukan,cukupkah dengan cacian,cukupkah dengan bantahan tunjuk perasaan dan demonstrasi??Matikah beribu askar yahudi terkutuk dengan kutukan kita,hancurkah loji nukler mereka dengan cacian kita?Makin kuatkah perjuangan para pejuang Palestin dengan simpati kita? Tapi sekurangnya dapat juga menyatakan apa yang terbuku di hati,akan ada lagikah Assyahid seperti Skeikh Ahmad Yassin.
Jika kita sorot kembali,kesan perjanjian rahsia Balfour(Balfour Declaration)antara british dan perancis yang menjadi titik tolak wujudnya negara yahudi terkeji dalam peta dunia.Di mana negara-negara Arab di pecahkan kepada autonomi yang lebih kecil dan dibahagikan sesama mereka bak penyamun dalam cerita Nujum Pak Belalang.

Kemudian bermulalah penghijrahan beramai-ramai koloni terlaknat ke Bumi Anbia` tempat Rasulullah berMi`raj ke langit Tujuh,dengan meletakkan Palestin di bawah Autonomi antarabangsa.Semuanya disebabkan kelemahan pentadbiran negara Islam pada ketika itu.Pemimpin yang tamak,pentadbir yang korup dan ditambah rakyat yang hanya mengejar kemewahan dunia.Gabungan resepi tersebut menyebabkan negera Islam semakin goyah serta lari dari halatuju sebuah negara Islam.
Tapi sejarah harus dibaca bukan untuk dikenang,bukan untuk diulang,tetapi untuk dipertimbang,untuk di jadikan ikhtibar hari mendatang.Segala deklarasi dan perbincangan sejak 1919 hingga kini hanya wayang lakonan yahudi terkejam dengan helah licik,tipu daya dan komplot yang hanya mampu kita umat Islam terima.Bermulalah sejarah penentangan umat Islam Palestin untuk mengembalikan maruah dan tanahair mereka dengan tercetusnya penentangan pada 1929.Kemuncak penentangan itu,pada 1936-1939 penentangan yang dipimpin oleh Hajj Amin Alhusayni mendapat tentangan balas dari secara besar-besaran dari british dan sekutu laknatnya sebuah petubuhan yahudi ketika itu dinamakan Haganah.Natijahnya hampir 10,000 ribu rakyat palestin terbunuh,pemimpin pula digantung dan ditembak.Kemudian tercetuslah idea jahat british untuk membahagikan palestin kepada 2 bahagian sebagaimana sekarang,iaitu satu wilayah untuk Arab dan satu wilayah untuk yahudi terkeji.

Namun dengan bantahan dari Pemimpin arab Palestin,maka pelan di atas dibatalkan.Tetapi pelan yang baru diusulkan dan diluluskan oleh british tanpa persetujuan dari pemimpin arab Palestin dan yahudi,bagi pihak Palestin mereka mahukan yahudi keluar dari tanah mereka keseluruhannya,manakala bagi pihak yahudi durjana,pembahagian ini akan mengakibatkan kawasan mereka menjadi terpisah dan jikalau terjadi serangan maka mereka hanya bersendirian.

Tetapi yahudi tetap yahudi,seperti belanda dapat tanah,mereka mahukan lebih dari apa yang sekutu mereka berikan,maka pada malam 9 april 1948 yahudi terhina telah mengepung sebuah perkampungan Deir Yasin dan membunyikan tanda amaran selalam 15 minit untuk penduduknya yang sedang tidur lena,maka mereka terus menyerang perkampungan tersebut dan membunuh lelaki dan pemuda termasuk wanita dan kanak-kanak seramai 300 orang dan mencederakan 300 yang lain.Tadi saya katakan,sejarah bukan untuk dikenang,tetapi untuk di ambil pengajaran.Tidakkah peristiwa 60 tahun dulu berulang lagi sekarang??Tidakkah selama 60 tahun ini tiada satu pun usaha dari pemimpin islam di dunia ini untuk memartabatkan kembali Islam di mata dunia.Tidakkah kita malu dengan Lim Guan Eng dengan semangat Umar Abdul Aziz nya??Karam Singh walia dengan tokoh Ma`al Hijrahnya.Jadi sempena tahun baru hijrah ini saya menyeru diri saya sendiri terlebih dahulu,pemimpin dan rakyat Malaysia umumnya,marilah kita merubah pendekatan kita,ubah persepsi kita terhadap Islam dan ajarannya,moga Islam lebih dekat di jiwa nurani kita.Jadikanlah Islam sebagai cara hidup,bukan islam sebagai hiasan dan barangan bagi yang berkepentingan.BERSAMBUNG...
Sealamatkan Palestin,selamatkan Masjidil Aqsa!!!!

No comments:
Post a Comment