Sunday, February 8, 2009

Mati

gambar hiasan

Setiap yang hidup pasti mati,bak kata seorang kawan mati itu pasti,mengingati mati itu mesti,tapi masih ramai yang minum todi,sampai berkendi-kendi,makan rasuah sampai berpeti-peti,simpan perempuan sampai satu keretapi,buat maksiat sampai pagi,tipu orang sana sini,sampai sanggup lompat parti..
Kemarin(dalam fahaman utara) sabtu,hari yang sibuk,paginya aku di kejutkan dengan berita kematian datuk sedara aku,sepupu nenek aku. Tok Lang Lah atau namanya Abdullah.Berpeluang menziarahi orang yang meninggal ni,terdetik di hati kita,yang kita juga pasti sampai saat itu,cuma bila dan dimana belum kita ketahui.Terasa tubuh badan di serap rasa keinsafan,kegerunan dan ingin membuat amal kebajikan sepenuh jiwa.Pertama kali terlihat jenazahnya,rasa terkasima sekejap,dengan riak muka yang jernih,seolah-olah sedang tidur,muka yang seakan-akan tersenyum,membuatkan aku berandaian sendiri.Mungkin kerana sepanjang usianya yang menjangkau 72 tahun,yang di abadikan mencurahkan ilmu kepada ummah.Beliau pernah belajar di Masjidil Haram dan kemudian kembali ke Malaya(ketika itu).Menjadi pesyarah di UKM dan selepas pencen terus mencurah ilmu di unversiti di Brunei dan yang terakhir,menjadi pensyarah di Insaniah.Beliau juga mahir dalam perbankan Islam,hingga di lantik menjadi panel penasihat Bank Islam Berhad dan Bank Rakyat.Ilmunya kini di usung dan di dukung anak-anak muridnya,dan pahalanya akan berterusan sehingga ke hari kiamat.
Aku termanggu sejenak,profession yang aku pilih ini,amat mulia,pahala yang berlipat kali ganda,hinggakan setelah mati pun pahala tetap berjalan,selagi ada yang mengamalkan apa yang telah kita ajarkan.Moga Allah tempatkan kita,disana bersama hamba-hambanya yang soleh.aminn.
Satu nyawa diambil Allah,mungkin satu nyawa baru yang lahir kedunia,sebelah tengah harinya aku ke kenduri sempena meramaikan umat Nabi Muhammad(kenduri kawin).Yang menarik perhatianku ialah,bunga telur yang menjadi budaya umat melayu kita,di gantikan dengan sebuah buku kecil terkandung didalamnya zikir dan amalan harian Imam Shafie.Mungkin patut di jadikan amalan dan ikutan.Sebelah petangnya pula,ada satu ceramah yang berlangsung di surau kampungku yang cuma di hadapan rumahku,petang kemarin dulu,kami sama-sama bergotong royong membersihkan kawasan surau,memberikan keselesaan kepada mungkin ribuan hadirin yang bakal hadir.Aku tertarik dengan gerai yang menjual barangan bertemakan Palestin,dari t-shirt,jam dan sebagainya.Ramai juga yang hadir,tapi awal-awal aku dah parking kereta kat luar rumah,takut di halang oleh hadirin yang hadir,aku perlu pulang awal,sebelum ceramah berakhir,hari ini perlu ke sekolah.Jangkaanku tepat,kawasan rumahku padat dengan kereta dan motor hadirin yang hadir,hingga sampai ke dapur,kalau kutip duit parking kayo pok cik.hehe.Sibuk dengan macam-macam aktiviti,hingga persediaan mengajar untuk hari ini belum sempurna,ABM tak buat lagi,jadi pagi tadi sebelum perhimpunan,sempat juga aku siapkan ABM ala bidan terjun yang cuma sekadar kad imbasan yang pastinya kurang menarik minat muid-muridku.Mujur pensyarah tak muncul hari ni,kalau tidak,pasti banyak yang bakal di komen..
Moral untuk peringatan aku dan sesiapa yang terbaca tulisanku ini,biar betapa cantiknya kita,biar betapa gagah dan kuatnya kita,biar betapa masyhur dan hebatnya kita,biar betapa tingginya martabat dan darjat kita,namum sementelah datangnya `Izrail,setelah tertimbusnya jasad dengan tanah,maka akan hancur lumatlah wajah yang dulunya cantik,di mamah ulat dan cacing,tubuh yang dulunya gagah,tidak mampu menangkis ulat yang memamah.Kemuliaan dan darjat yang dulunya di pandang tinggi,kini jatuh tujuh kaki ke dalam tanah.Apa yang tinggal untuk dibanggakan?Lu Fikirlah sendiri..Assalamualaikum.

2 comments:

Anonymous said...

salam...

makin mantop tulisan ustz skang nih...salute lah...

ustz ict katakan...hihi

teruskan menulis kerana akan ada yang membaca dan menjadikannya sebagai iktibar.

Anonymous said...

syukran.alhamdulillah,semua berkat tunjuk ajar ustzah la..belajar secara x formal,guna teori bandura.hehe.