Monday, June 20, 2011

syair plak...


Syair Perahu ~ Hamzah Fansuri

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.

~ Hamzah Fansuri

Thursday, April 9, 2009

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya(PKJR)

Jumaat,rasanya bukan jumaat keliwon,hehe..banyak peristiwa,banyak sejarah terlakar semenjak aku tidak menulis ni,dari jatuhnya kerajaan Perak pilihan Rakyat,hingga tertabalnya memanda menteri yang baru,hingga pilihanraya di dua bukit dan satu batang,aku berkesempatan merasa kehangatan bahang p/k Bukit Selamabau.Setelah dengan berat hatinya menerima permintaan GB aku yang ingin aku menghadiri kursus PKJR(pendidikan keselamatan jalan raya) yang sepatutnya dihadiri oleh guru BM sekolahku,tapi kerana masalah teknikal yang agak kritikal,maka aku yang juga bidan part time(bidan terjun)terpaksa pergi,bebekalakan duit minyak rm40 yang di beri PK1,maka bertolaklah aku ke S.P,pada pukul 1,sedangkan daftar diri pukul 2,ni semua gara-gara surat lambat sampai.
Keluar ja dari tol,terus tanya penjaga tol,kot mana nak pi Kelab Cinta Sayang,terkejut dia,dia ingat aku panggil dia sayang,selepas sekali lagi tanya,baru dia senyum,lepas trafic light,kona kiri,terus sampai jumpa IKM belok kiri.Aku angguk,buat-buat paham,aku ikut panduan yang diberi.
Sampai ja kat trafic light,aku hilang arah,tergamam dengan poster pilihanraya yang memenuhi jalan dan simpang,yang aku pelik,poster calon bebas lebih banyak dari calon pilihan.
Rodong punya rodong(mengikut kamus dewan kedah rodong bermaksud:mengikut naluri hati memilih jalan yang kita sendiri tak pasti)ternampak jugak akhirnya sign board Kelab C.S.
Selepas daftar terus ke bilik,aku sekali lagi rimas dengan orang ramai yang ada kat sini,semuanya ahli politik yang datang ke lubuk emas ini,termasuk semua jenis media,termasuklah pandanganku tertangkap kelibat beberapa pak menteri dan bekas menteri besar.
Nasib baik semalam ja kat sini,kawan2 guru lain ajak aku melawat kawasan malam ni,malas la aku,dengan keadaan sesak,tambahan helikopter yang mundar mandir atas kepala,amat memeningkan kepala.
Selepas habis kursus,aku terus balik,singgah rumah mak,rehat sat terus balik K.nerang,sesuatu yang tak diingini berlaku,kereta kecilku yang dipandu adik iparku,telah merempuh seorang pejalan kaki,dalam hujan lebat dan kegelapan senja,seorang pejalan kaki tiba-tiba melintas,dengan berpakaian gelap dan bepayung dan tanpa menoleh kiri dan kanan.Maka natijahnya,pelanggaran yang agak kuat aku andaikan.Sebab dari keadaan kereta yang agak remuk,melanggar seorang manusia,parah juga aku rasakan.Teringat aku kursus yang aku hadiri kemarin,tentang keselamatan jalanraya,yang menekankan keselamatan murid-murid melintas jalan,macam ada hubung kait kan.
Terpaksa pula aku ke Balai Polis,mujurlah cukai jalan dan insuran kereta mati pada tairkh kejadian, 7/4 alhamdulillah..kalau tidak,berat juga jadinya,macam familiar ja tarikh tu.
Mujurlah tidak ada nyawa yang melayang,setelah selesai semua urusan di Balai Polis,aku terus balik tidur,letih sangat,pagi esoknya terpaksa pula ponteng sekolah,cukai jalan dan insuran yang dah aku perbaharui sebelumnya perlu aku ambil di CIMB,untuk beri kepada pihak polis.Terpaksalah kereta kesayanganku itu merengkok lagi dua tiga hari di parking balai polis.Macam jawapan yang aku bagi masa ditanya oleh seorang penceramah ketika berkursus hari sebelumya tentang punca berlakunya kemalangan jalanraya,dengan yakinnya aku jawab,sebab takdir dah menentukan.Maka pada malam ini,sudah takdirnya terjadi kemalangan ini.Aku redha dan bersyukur,kerana tiada perkara yang lebih serius berlaku.

Sunday, February 8, 2009

Mati

gambar hiasan

Setiap yang hidup pasti mati,bak kata seorang kawan mati itu pasti,mengingati mati itu mesti,tapi masih ramai yang minum todi,sampai berkendi-kendi,makan rasuah sampai berpeti-peti,simpan perempuan sampai satu keretapi,buat maksiat sampai pagi,tipu orang sana sini,sampai sanggup lompat parti..
Kemarin(dalam fahaman utara) sabtu,hari yang sibuk,paginya aku di kejutkan dengan berita kematian datuk sedara aku,sepupu nenek aku. Tok Lang Lah atau namanya Abdullah.Berpeluang menziarahi orang yang meninggal ni,terdetik di hati kita,yang kita juga pasti sampai saat itu,cuma bila dan dimana belum kita ketahui.Terasa tubuh badan di serap rasa keinsafan,kegerunan dan ingin membuat amal kebajikan sepenuh jiwa.Pertama kali terlihat jenazahnya,rasa terkasima sekejap,dengan riak muka yang jernih,seolah-olah sedang tidur,muka yang seakan-akan tersenyum,membuatkan aku berandaian sendiri.Mungkin kerana sepanjang usianya yang menjangkau 72 tahun,yang di abadikan mencurahkan ilmu kepada ummah.Beliau pernah belajar di Masjidil Haram dan kemudian kembali ke Malaya(ketika itu).Menjadi pesyarah di UKM dan selepas pencen terus mencurah ilmu di unversiti di Brunei dan yang terakhir,menjadi pensyarah di Insaniah.Beliau juga mahir dalam perbankan Islam,hingga di lantik menjadi panel penasihat Bank Islam Berhad dan Bank Rakyat.Ilmunya kini di usung dan di dukung anak-anak muridnya,dan pahalanya akan berterusan sehingga ke hari kiamat.
Aku termanggu sejenak,profession yang aku pilih ini,amat mulia,pahala yang berlipat kali ganda,hinggakan setelah mati pun pahala tetap berjalan,selagi ada yang mengamalkan apa yang telah kita ajarkan.Moga Allah tempatkan kita,disana bersama hamba-hambanya yang soleh.aminn.
Satu nyawa diambil Allah,mungkin satu nyawa baru yang lahir kedunia,sebelah tengah harinya aku ke kenduri sempena meramaikan umat Nabi Muhammad(kenduri kawin).Yang menarik perhatianku ialah,bunga telur yang menjadi budaya umat melayu kita,di gantikan dengan sebuah buku kecil terkandung didalamnya zikir dan amalan harian Imam Shafie.Mungkin patut di jadikan amalan dan ikutan.Sebelah petangnya pula,ada satu ceramah yang berlangsung di surau kampungku yang cuma di hadapan rumahku,petang kemarin dulu,kami sama-sama bergotong royong membersihkan kawasan surau,memberikan keselesaan kepada mungkin ribuan hadirin yang bakal hadir.Aku tertarik dengan gerai yang menjual barangan bertemakan Palestin,dari t-shirt,jam dan sebagainya.Ramai juga yang hadir,tapi awal-awal aku dah parking kereta kat luar rumah,takut di halang oleh hadirin yang hadir,aku perlu pulang awal,sebelum ceramah berakhir,hari ini perlu ke sekolah.Jangkaanku tepat,kawasan rumahku padat dengan kereta dan motor hadirin yang hadir,hingga sampai ke dapur,kalau kutip duit parking kayo pok cik.hehe.Sibuk dengan macam-macam aktiviti,hingga persediaan mengajar untuk hari ini belum sempurna,ABM tak buat lagi,jadi pagi tadi sebelum perhimpunan,sempat juga aku siapkan ABM ala bidan terjun yang cuma sekadar kad imbasan yang pastinya kurang menarik minat muid-muridku.Mujur pensyarah tak muncul hari ni,kalau tidak,pasti banyak yang bakal di komen..
Moral untuk peringatan aku dan sesiapa yang terbaca tulisanku ini,biar betapa cantiknya kita,biar betapa gagah dan kuatnya kita,biar betapa masyhur dan hebatnya kita,biar betapa tingginya martabat dan darjat kita,namum sementelah datangnya `Izrail,setelah tertimbusnya jasad dengan tanah,maka akan hancur lumatlah wajah yang dulunya cantik,di mamah ulat dan cacing,tubuh yang dulunya gagah,tidak mampu menangkis ulat yang memamah.Kemuliaan dan darjat yang dulunya di pandang tinggi,kini jatuh tujuh kaki ke dalam tanah.Apa yang tinggal untuk dibanggakan?Lu Fikirlah sendiri..Assalamualaikum.

Thursday, February 5, 2009

Kalimah Allah






Jumaat oh jumaat..
Hari ni cuti,cadang nak rehat lama skit,setelah penat seminggu berjuang,tapi pagi ni kena balik kampung,Tambak Bunga,itu rutin aku tiap-tiap minggu,minggu depan belum tentu,bahana cuti ganti Tahun baru cina.
Aku tertarik dengan tajuk khutbah hari ini,Kalimah Allah.Terdengar lolongan yang bengit telinga mendengar tentang permohonan gereja khatolik di Sabah untuk membenarkan mereka menggunakan Kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka.Dengan alasan,mereka terlebih dahulu menggunakan Kalimah suci itu,semenjak jesus lagi.Kenapa baru kini baru hendak di timbulkan hal ini,ada udangkah di sebalik batu,tidakkah anak-anak kecil dan remaja bakal terkeliru jika tuntutan mereka ini di luluskan?Bagaimana jika ada kain rentang dari gereja berbunyi : Sembahlah anak Allah,jesus!
Kalau yang di pertikaikan adalah dari sudut bahasa,maka tidak ada satu pun dalil yang membawa kearah itu.Kalau kita lihat dari bahasa hebrew,perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut: Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau tinggalkan aku?")
Begitu juga dalam bahasa Greek,Tuhan disebut Theos. Seperti yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau tamadun besar dunia, orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos.
Sedangkan dalam kristian sendiri jelas dinyatakan,bahawa jesus bukanlah Tuhan,ini di akui sendiri hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut: "Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah: Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa."

Nak ulas panjang,takut di tuduh mengganggu urusan mahkamah,kerana hal ini masih di dalam prosiding mahkamah.Apa pun,di harap tuntutan ini tidak akan berjaya,walaupun kabinet telah meluluskan pada 16 mei 1986 bahawa 4 perkataan yang tidak boleh di gunakan oleh agama lain selain dari Islam iaitu: Allah,Kaabah,Baitullah dan Solat. Kalamiah suci Allah,hanya layak untuk tuhan yang Esa,bukan tuhan yang berbilang (trinity).Maha suci Allah Tuhan yang Maha Esa dan hanya Dia tuhan yang LAYAK di sembah.

Lompat


Hari ni khamis,pagi ni ada PJ lagi,tahun satu,aku ajar asas pergerakan,lompatan.Lompat ni banyak cara dan makna.Mengikut fahaman kita lompat ialah lompat,tapi yang menarik perhatian aku hari ini ialah lompat parti,haaa...hari ini juga pakatan rakyat menjadi pembangkang di Perak.ya lal asaf.Tak mau nak ulas panjang,tapi pagi ni selepas PJ,aku dapat tugasan baru,jadi coach bola sepak.Sukan yang paling aku minat.Tapi ntah kenapa,rasa berat sangat aku nak terima.Apa taknya,dari 20 murid yang aku uji bakat tadi,ada la 4 orang yang dapat sepak bola dengan betul,macam mana aku nak pilih yang berul-betul dapat main.
Latihan yang aku bagi hari ni baru muqaddimah,tapi semua dah merunugut kepenatan,apa la budak-budak la ni,dan ramai yang dah nak tarik diri,tak tahan kata depa,mungkin zamri dah latih tubi murid-murid dia main bola,kami bakal bertemu memandangkan sekolah kami kebetulan satu zon.
Hari ni juga semua guru GPI ada reja,tinggal la aku sorang-sorang terpaksa mentasmik kedua-dua kelas.Tapi kan dah tugas aku,tapi nasib baik ada sorang murid tahun 2 yang boleh aku harapkan,maka jadilah dia ustazah tak bertauliah dan pembantuku.Murid tahun satu tahun ni boleh tahan juga,ramai yang dah membaca iqra` 2 dan 3,yang baca quran pun dah ada,ringan la sikit tugas aku,tapi ramai juga yang masih belum kenal alif dan ba,huruf ya jauh sekali la.

Esok jumaat,rps tak juga siap-siap,nak tunggu rps turun dari langit pun,tu macam cerita dongeng,tapi kalau tiru kawan punya,haaa..tu macam kisah benar.Macam kisah Palestin dengan yahudi terkutuk,teringat aku di kesempatan aku menghadiri perhimpunan untuk palestin di Stadium Suka Menanti minggu lepas,wakil dari Hamas yang hadir sangat bersemangat menceritakan penderitaan rakyatnya.Antara kata-katanya yang terngiang-ngiang hingga kini,doa umat Palestin saban hari: Ya Allah,kami tidak peduli dengan apa pun dalam perjuangan ini,selagi ia tidak mendatangkan murkamu,maka kami akan terus berjuang.Penterjemahnya adalah Ust Badarudin INSANIAH juga lagi lantang dan bersemangat,di akhiri dengan ucapan Tuan Guru Haji Hadi yang menjadi penutup perhimpunan malam itu.
Anak buah aku yang berusia 5 tahun tu paling semangat nak ikut,terpaksa la aku bawa juga,dia tak bleh berenggang dengan tok dia,maka tak sempat ceramah habis,dia dah terlena ada rumput berlapik surat khabar.Rupanya Gaza yang lebih kecil dari Langkawi adalah merupakan kawasan yang cantik dan strategik.Berlatarkan pantai yang indah sepanjang 40km adalah tempat tumpuan pelancong,di samping sangat strategik bagi posisi ketenteraan,selain menjadi pusat pemerintahan kerajaan Hamas.



Tetapi israel dan amerika sekarang sangat terpukul dengan berita kejayaan Iran melancarkan satelitnya ke angkasa.Dengan kejayaan ini,maka peluru berpandu Iran,sudah dapat dilancarkan antara benua.Ini menjadi igauan ngeri kepada amerika,apabila di khabarkan,mampu mencapai sasaran hingga ke benua mereka.Baru bertemu buku dengan ruas.

Wednesday, February 4, 2009

Tanpa tajuk

Hari ni hari rabu,sepeti biasa,awal-awal pagi aku ada Pendidikan Jasmani,tiap-tiap hari plak tu,dah la kena ajar darjah satu,puas gak la pikiaq aktiviti apa yang nak di buat.Untuk darjah 3 tu takpa la,macam-macam yang bleh di buat.
Hari ni tiba-tiba ada tiang sepak takraw yang terpasang kat gelanggang,sangka aku mesti latihan takraw untuk wakil sekolah,sebab dalam bulan ni juga perlawanan untuk peringkat zon,yang baru di perkenalkan tahun ini.Meleset benar sangkaan aku,seperti aku sangka gencatan senjata antara laknatullah yahudi dengan para pejuang Palestin akan tercapai.Ruapa-rupanya hari ini merupakan hari perlawanan sebenar antara zon.Alamak,wakil untuk sekolah pun tak cari lagi,wakil dari sekolah lain dah dalam perjalanan.Terpikir juga dalam hati,apa la punya kerja macam ni,hari ni nak lawan,hari ni baru nak cari orang,nak berlatih,nak siap borang,dah la sekolah kami menjadi tuan rumah.
Arahan yang aku terima,cari pemain untuk sekolah kita,latih sikit biar boleh sepak dan tanduk bola,sediakan borang penyertaan dan borang pemarkahan untuk pengadil dan bla.bla.bla...Nasib baik la aku pelajar IPDA,yang di asuh untuk terima semua kerja tanpa banyak soal,semua mesti boleh,tidak boleh berkata tidak.hehe.Alhamdulillah,semuanya beres,termasuk la sekolah aku yang mendapat tempat kedua dari hanya 3 buah sekolah.Tuah tuan rumah kot tak dapat nombor last.2 orang wakil kami berjaya wakili zon kami ke PKG.
Tetapi apa yang memberontak di benak aku yang dah sedia serabut macam benang kusut,kenapa perangcangan awal tidak boleh di buat,hendak berak baru nak gali lubang,atau nak cari tandas awam.
Petang ni pulak ada latihan rumah,setelah puas beri arahan ,tunjuk ajar,aku agak puas hati dengan atlit rumah hijauku(aku dan hijau tak dapat di pisahkan).Sudah 3 tahun jadi johan,aku tak mau nanti orang kata sebab aku jadi guru rumah hijau kami tewas.hehe.Dalam kepala otak aku sekarang ni dok berputar,terfikir tentang temasya sukan sekolah,temasya sukan zon,bolasepak peringkat zon,last but not least praktikum.Tapi hidup mesti terus,itu baru sedikit saja kalau hendak di bandingkan dengan perjuangan Rasulullah menegakkan Kalimah Allah di kala manusia dalam kegelapan jahiliyyah.Bila teringat macam tu,lega rasanya.Teringat aku Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud : Islam itu datang dalam keadaan asing,dan akan kembali menjadi asing(akhir zaman),maka beruntunglah orang-orang yang terasing(yang berpegang pada Agama Islam).Memang terjadi benar apa yang Nabi sabdakan,begitu juga orang sering bertanya,kenapa tiada orang islam yang berani bangun melawan Yahudi laknat itu,maka aku terfikir dan teringat kata-kata seorang ustaz dalam ceramahnya,kalau orang islam bangun dan menetang dan menghapuskan orang-orang yahudi,maka ketahuilah itulah saatnya hampir kiamat.Esok kena ajar sorang-sorang,pasanganku Kak Zah berkursus,nak jadi guru dan hakim kompang dan salawat peringkat Negeri,Tahniah. AL ISLAM YA`LU WA LA YU`LA ALAIHI

Tuesday, February 3, 2009

Praktikum oh praktikum

Lama sudah aku tak ketuk papan keyboard usang aku ni,bukan malas,cuma tak rajin.Tambahan kekangan masa yang memotongku bak pepatah arab,masa itu ibarat pedang.Hari ini,tanpa isyarat pensyarah pembimbing aku yang juga bekas KJ Japim IPDA datang tercongok kat sekolah.Suprise kata dia,hingga dia tersesat nak mencari sekolah Toh Puan yang mega kecil ini.Kebetulan kedatangannya tepat aku nak melangkah kaki ke kelas Bahasa Arab tahun 2.Ahhh..gawat,jom la kita ke kelas,alang-alang menyelam,biaq la minum seteguk dua ayaq,selamba ja Usatzah Jamilah memberi cadangan,ahhh.makin gawat.Sesi lawatan sosial yang sepatutnya berlangsung bertukar 360darjah menjadi sesi mengobserv.Mula-mula rasa "kekon"(bak kata ustaz Zaini) gak,tapi selepas bagi ja salam kat anak-anak murid,semangat yang tah dari mana datang,aku pun tak tau,terus aku pederas gear 5,mungkin terkejut dengan suara kuat aku yang belum sempat sarapan pagi tadi,membuatkan Ustazah sedikit terkejut.Sampai guru-guru lain pun kata hari ni anugerah suara paling kuat menjadi milik aku,sebelum ni mungkin milik kak Wan.

Banyak yang Ustazah Jamilah ulas tentang Rancangan Harian aku,tentang mengajar langsung tak di ulas,banyak yang aku belajar dari dia,rasa syukur sangat dapat dia sebagai Pensyarah pembimbing.Tapi yang tak bestnya,semua Rancangan semester kena la olah semula,dah la diri sedia kurang rajin.Mujurlah hari ni semua anak murid aku tiba-tiba jadi baik,semua diam macam di sergah sang gedembai.Ajaib.Atau mungkin dah ada guru lain yang dah bagi amaran terlebih dulu.
Ustazah hanya sempat singgah sekejap saja,nak berkejar ke Kuala Kedah katanya,lawatan sosial pelajar lain plak,patut la baru hari ni dia datang,rupanya ada 9 pelajar di bawah seliannya,termasuk dua SABK di Pulau Pinang.

Setelah hilang saja Ustzah Jamilah dari pandangan,terasa bebanan yang aku tanggung di pundak ku cheewah..hilang ghaib entah ke mana.Malam ni nyenyak la tidurku,lebih nyenyak dari malam sebelumnya,moga esokku,lebih baik dari hari ini..Ada kawan kata,dia suka tengok bulan,aku dengan kawan-kawan dulu pun buat benda yang sama.Tapi orang lelaki ni agak ganas skit,atas bumbung asrama merupakan tempat kami membuat falak,bukan tengok anak bulan,tapi bapak bulan.Dengan hamparan tilam asrama dan bantal,maka sambil memerhatikan bulan dan najis bintang,maka cerita dari satu tajuk ke satu tajuk akan bersilih ganti,hingga kadang-kadang membawa ke azan subuh.Tetapi selalunya,ahli falak akan mula berkurangan bila embun memercik ke muka.Sejuknya sampai ke tulang sumsum.Terasa rindu zaman remajaku,walaupun banyak yang kurang menarik dari yang menarik...Esok perlu ke sekolah,parktikum mesti di teruskan.Doa dan harapan,agar praktikum ini akan menjadi pengajaran terbaik aku dalam menjadi seorang pendidik yang berkesan.Aminn