
Hari ni khamis,pagi ni ada PJ lagi,tahun satu,aku ajar asas pergerakan,lompatan.Lompat ni banyak cara dan makna.Mengikut fahaman kita lompat ialah lompat,tapi yang menarik perhatian aku hari ini ialah lompat parti,haaa...hari ini juga pakatan rakyat menjadi pembangkang di Perak.ya lal asaf.Tak mau nak ulas panjang,tapi pagi ni selepas PJ,aku dapat tugasan baru,jadi coach bola sepak.Sukan yang paling aku minat.Tapi ntah kenapa,rasa berat sangat aku nak terima.Apa taknya,dari 20 murid yang aku uji bakat tadi,ada la 4 orang yang dapat sepak bola dengan betul,macam mana aku nak pilih yang berul-betul dapat main.
Latihan yang aku bagi hari ni baru muqaddimah,tapi semua dah merunugut kepenatan,apa la budak-budak la ni,dan ramai yang dah nak tarik diri,tak tahan kata depa,mungkin zamri dah latih tubi murid-murid dia main bola,kami bakal bertemu memandangkan sekolah kami kebetulan satu zon.
Hari ni juga semua guru GPI ada reja,tinggal la aku sorang-sorang terpaksa mentasmik kedua-dua kelas.Tapi kan dah tugas aku,tapi nasib baik ada sorang murid tahun 2 yang boleh aku harapkan,maka jadilah dia ustazah tak bertauliah dan pembantuku.Murid tahun satu tahun ni boleh tahan juga,ramai yang dah membaca iqra` 2 dan 3,yang baca quran pun dah ada,ringan la sikit tugas aku,tapi ramai juga yang masih belum kenal alif dan ba,huruf ya jauh sekali la.
Esok jumaat,rps tak juga siap-siap,nak tunggu rps turun dari langit pun,tu macam cerita dongeng,tapi kalau tiru kawan punya,haaa..tu macam kisah benar.Macam kisah Palestin dengan yahudi terkutuk,teringat aku di kesempatan aku menghadiri perhimpunan untuk palestin di Stadium Suka Menanti minggu lepas,wakil dari Hamas yang hadir sangat bersemangat menceritakan penderitaan rakyatnya.Antara kata-katanya yang terngiang-ngiang hingga kini,doa umat Palestin saban hari: Ya Allah,kami tidak peduli dengan apa pun dalam perjuangan ini,selagi ia tidak mendatangkan murkamu,maka kami akan terus berjuang.Penterjemahnya adalah Ust Badarudin INSANIAH juga lagi lantang dan bersemangat,di akhiri dengan ucapan Tuan Guru Haji Hadi yang menjadi penutup perhimpunan malam itu.
Anak buah aku yang berusia 5 tahun tu paling semangat nak ikut,terpaksa la aku bawa juga,dia tak bleh berenggang dengan tok dia,maka tak sempat ceramah habis,dia dah terlena ada rumput berlapik surat khabar.Rupanya Gaza yang lebih kecil dari Langkawi adalah merupakan kawasan yang cantik dan strategik.Berlatarkan pantai yang indah sepanjang 40km adalah tempat tumpuan pelancong,di samping sangat strategik bagi posisi ketenteraan,selain menjadi pusat pemerintahan kerajaan Hamas.



Tetapi israel dan amerika sekarang sangat terpukul dengan berita kejayaan Iran melancarkan satelitnya ke angkasa.Dengan kejayaan ini,maka peluru berpandu Iran,sudah dapat dilancarkan antara benua.Ini menjadi igauan ngeri kepada amerika,apabila di khabarkan,mampu mencapai sasaran hingga ke benua mereka.Baru bertemu buku dengan ruas.
2 comments:
wahh...
makin mantop tulisan ust loni...tabik spring...toing...toing...toing...
tak ingat la teori apa,tapi teori tu kata,kanak-kanak belajar dari meniru.mcm tu juga ana,tiru kak long la..hehe..
Post a Comment